Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Hussein Onn FD atas kejayaan meraih tempat ketiga dalam Proton Business Case Study Challenge 2025 (Zon Selatan) yang berlangsung pada 26 November 2025 di UTHM.
Pertandingan ini menghimpunkan 8 kumpulan daripada 4 universiti: UTM, UTHM, UiTM Segamat dan UTeM, dengan objektif menerapkan kemahiran analisis perniagaan, inovasi strategik serta pembentangan berimpak tinggi dalam kalangan mahasiswa.
Melalui idea yang bernas dan penyampaian yang meyakinkan, pasukan FTK berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000. Syabas atas usaha dan semangat luar biasa yang ditunjukkan! 👏🔥
UTHM turut berbangga apabila 3 orang pelajar ditawarkan Conditional Offer untuk menyertai program Proton Young Talent (PYT), termasuk 2 wakil UTHM iaitu:
🚀 Noor Iman Zidane Bin Loo Su Pin
(Fakulti Teknologi Kejuruteraan)
🚀 Mohd Nur Aiman Sulaiman
(Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik)
Pencapaian ini turut disumbang oleh kesungguhan 3 pelajar BNG dan 1 pelajar BNM yang mewakili FTK dalam pertandingan tersebut.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta!
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dalam dunia automotif dan teknologi masa hadapan.
Nota kaki untuk diri sendiri: tahun depan kita buat comeback! 💪😎





#FTKUTHM #UTHM #ProtonBusinessCaseStudy #ZonSelatan #ProtonChallenge2025 #ProtonYoungTalent #UTHMPride #FutureEngineers #HusseinOnnFD #FTKExcellence #AutomotiveInnovation #BanggaJadiFTK #EngineeringFutureTalent #UTHMCommittedToExcellence