Organization Charts
Objectives
- Mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk perasaan muhibah dalam kalangan ahli KSFTK, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
- Memberikan perkhidmatan kebajikan kepada ahli‐ahli KSFTK dari semasa ke semasa.
- Menggalakkan serta memberi kemudahan kepada ahli KSFTK untuk perkembangan sukan, rekreasi, sosial, budaya dan keagamaan.
- Menggalakkan hubungan antara kumpulan‐kumpulan dan orang‐orang awam dengan ahli‐ahli KSFTK khususnya dan warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia melalui program‐program yang dianjurkan.
- Tertakluk kepada kelulusan Universiti, melaksanakan aktiviti‐aktiviti yang boleh menjana pendapatan KSFTK. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh KSFTK ini hasil daripada penyertaaan di dalam mana‐mana perniagaan atau pelaburan yang sah dari segi undang‐undang boleh digunakan untuk membuat pembayaran kepada mana‐mana ahli kelab dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua‐duanya sekali.
- Membuat bayaran kepada ahli KSFTK yang ditimpa musibah, kelahiran, kematian, bayaran elaun/upah bagi aktiviti yang berkaitan dengan KSFTK
- Untuk mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan pensyarah serta staf sokongan dengan syarat tiada ‘faedah’ sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 boleh diberikan kepada ahli‐ahli atau tanggungan ahli.