





💼 Promosi Program Akademik FTK UTHM — Menyantuni Bakal Pelajar di Seluruh Malaysia!
Jawatankuasa Promosi (JK Promosi) FTK UTHM terus giat melaksanakan aktiviti libat urus bersama institusi pendidikan bagi memperkenalkan program-program akademik fakulti serta menarik minat pelajar dalam bidang teknologi kejuruteraan.
Berikut merupakan rangkuman aktiviti promosi terkini:
IKM Pahang (12 November 2025)
Diwakili oleh Encik Eman.
Metro System Academy, Sungai Buloh (18–20 November 2025)
Diwakili oleh Dr Raven, Dr Idzura dan Encik Faiz.
Kolej Matrikulasi Kedah (9 Oktober 2025)
Diwakili oleh Dr Farhanah.
Kolej Matrikulasi Perak (3–4 Oktober 2025)
Diwakili oleh PM Dr Salihatun.
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor (25 September 2025)
Diwakili oleh Dr Ili Najaa Aimi.
Tahniah dan terima kasih kepada semua wakil atas komitmen dan usaha berterusan dalam mempromosikan FTK UTHM.
Kita teruskan momentum ini untuk memperkasa jaringan, mengukuhkan keterlihatan, dan menarik lebih ramai pelajar berpotensi ke FTK UTHM! 💪✨