Tahniah kepada pasukan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) khususnya Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) atas kejayaan membanggakan sebagai Naib Johan Peringkat Kebangsaan bagi kategori Projek Sains & Teknologi dalam Pertandingan SULAM Innovate Ke-3! 👏🌟
Projek bertajuk “Pengurusan Sisa Pepejal dan Berbahaya Bersama Orang Asli Leboh” ini membuktikan keupayaan pelajar dan pensyarah FTK menghasilkan intervensi komuniti yang berimpak tinggi, inovatif dan relevan kepada masyarakat.
🏅 Pencapaian:
✨ Naib Johan Peringkat Kebangsaan – Projek SULAM Innovate 2025 (Sains & Teknologi)
🎁 Hadiah Tunai: RM1,500
Terima kasih kepada:
👩🏫 Koordinator: Prof Madya Dr. Mimi Suliza Binti Muhamad
👨🎓 Pasukan Pelajar FTK yang berdedikasi
🤝 Rakan komuniti & semua pihak yang menyokong pelaksanaan program
Kejayaan ini memperkukuh peranan FTK UTHM dalam memacu projek komuniti melalui konsep SULAM yang memberi manfaat terus kepada masyarakat. 🌍💙




#UTHM #FTK #ftkuthm #caduthm #sulamftk #SULAMInnovate #CommunityImpact #SULAM #KPT #MalaysiaMADANI