







Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), UTHM telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Program Akademik FTK bertempat di Bilik Mesyuarat 5, UTHM Kampus Cawangan Pagoh selama dua hari, bermula 23 hingga 24 April 2025.
Bengkel ini bertujuan untuk:
• Meningkatkan kefahaman berkaitan struktur, hierarki, dan pengurusan kandungan (CMS) laman web FTK
• Meningkatkan kecekapan dalam pengendalian serta pengemaskinian maklumat
• Menghasilkan kandungan laman web yang konsisten dan beretika
Bersama penceramah jemputan Encik Fairuz bin Sulaiman, bengkel ini telah melibatkan komitmen penuh daripada Jawatankuasa Pendigitalan Fakulti serta staf-staf terlibat bagi memastikan kandungan laman web fakulti sentiasa relevan, terkini dan mesra pengguna.
Semoga usaha ini dapat terus memperkukuh keterlihatan FTK sebagai sebuah fakulti teknologi kejuruteraan yang progresif dan responsif terhadap keperluan semasa.