UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, PAGOH HIGHER EDUCATION HUB, 84600 PAGOH, MUAR, JOHOR.
Search

Student Representative Council

Faculty of Engineering Technology

Organization Charts

Vision & Mission

Vision

Menjadi medium kepada penggerak agenda, suara dan hak pelajar UTHM bagi memenuhi keperluan pengalaman kampus secara menyeluruh.

Mission

MPP UTHM komited untuk mengangkat nilai kepimpinan berintegriti dan dedikasi ke arah mengurus bersama (co-manage) Pihak Pengurusan Universiti dalam membantu hal ehwal pelajar dari segenap aspek seperti pembangunan pelajar,

SRC Directions

 1.Kebajikan Pelajar 

Adalah menjadi keutamaan MPP UTHM untuk membantu pelajar golongan B40 dari segi kemudahan serta bantuan agar dapat meringankan beban mereka sepanjang pengajian di UTHM. Berdasarkan statistik, seramai 70% pelajar UTHM merupakan golongan B40. Lantas itu, amatlah wajar untuk MPP UTHM memberi perhatian kepada kumpulan pelajar ini agar kebajikan mereka sentiasa terjaga. Selain itu, MPP UTHM juga sentiasa bersedia untuk membantu dari segi pengurusan Pelajar Tanpa Asrama (PTA) terutamanya keselamatan, kesihatan dan urusan akademik. Tidak dilupakan juga pelajar antarabangsa yang rata-ratanya menyewa di sekitar kawasan Kampus UTHM Parit Raja. Kebajikan mereka akan menjadi keutamaan supaya beban dan urusan mereka dapat dipermudahkan. Terdapat pelbagai bentuk bantuan yang ditawarkan, jadi fokus MPP UTHM adalah untuk memain peranan dalam mewar-warkan info serta pengendalian urusan dengan lebih meluas lagi supaya dapat mencapai ramai pelajar yang memerlukan.

2. Kebolehpasaran Graduan

Jelas di sini perlunya penambahbaikan nilai-nilai kebolehpasaran graduan dalam memberi nilai tambah yang memudahkan mereka bersaing dalam sektor pekerjaan. Oleh itu, telah dirancang untuk mewujudkan beberapa perkara bagi meningkatkan peratus kebolehpasaran graduan UTHM. Pertama, mewujudkan sijil kompetensi yang dapat menaik taraf kemahiran pelajar dalam jurusan yang mereka ambil. Secara tidak langsung para graduan lebih jelas dengan tugas-tugas yang bakal mereka lalui kelak di dalam sektor pekerjaan. Namun, para graduan juga perlulah mempunyai kemahiran insaniah yang cukup bagi memudahkan proses atau tindakan kerja yang dilaksanakan. Keadaan ini jelas menunjukkan keperluan hari ini yang memerlukan kemahiran memimpin dalam apa-apa jua sektor pekerjaan dan kemahiran menggunakan teknologi aplikasi yang kian berkembang, maka kemahiran insaniah juga semestinya akan dipertingkatkan. Aspek bahasa juga akan ditekankan kerana graduan pada hari ini juga bukanlah hanya bersaing bersama sekelompok bangsa sahaja, bahkan ia melibatkan semua bangsa dari seluruh pelusuk negara. Menyedari hal ini, pemantapan Bahasa Inggeris juga akan dilaksanakan. Hal ini demikian kerana bahasa Inggeris telah menjadi bahasa perantaraan dalam mana- mana sektor pekerjaan sekalipun. Justeru, memantapkan kesediaan mahasiswa bagi menghadapi Malaysian University English Test (MUET) akan menjadi lebih realistic.

3. Pembangunan Pelajar

Hasrat MPP UTHM kali ini adalah untuk memartabatkan lagi bakat dan potensi pelajar dalam apa jua bidang. Antara bakat pelajar yang akan diperkasakan adalah dalam bidang kerohanian serta penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Ini adalah secara tidak langsung menyokong tunjang universiti iaitu menjunjung paradigma tauhid dalam setiap pekerjaan yang dikecapi. Selain itu, MPP UTHM juga akan mengendali dari segi penyelarasan aktiviti pelajar kea rah penganjuran serta pengurusan program berorganisasi yang berimpak besar serta berkualiti. Seterusnya, amatlah perlu bagi mahasiswa abad-21 untuk sentiasa mencurah bakti kepada masyarakat kita. Dengan ini, MPP UTHM akan memperkasakan nilai kesukarelawanan dalam apa jua penglibatan pelajar tidak kira bangsa serta agama. Akhir sekali, MPP UTHM akan membantu dari segi pemerkasaan nilai keusahawanan dalam diri pelajar supaya dapat melahirkan graduan bersifat teknousahawan dimana graduan UTHM akan memanfaatkan ilmu teknikal Bersama keusahawanan yang diceburi.

4. Dasar Pelajar

Hala tuju MPP UTHM yg terakhir adalah dari segi penguatkuasaan dasar pelajar. Peranan MPP UTHM adalah untuk membincangkan dan menyemak pekeliling yang ditetapkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia khususnya di peringkat Pusat Tanggungjawab itu sendiri. Perkara ini, menjadi tanggungjawab kepada MPP UTHM dalam menjadi wakil kepada mahasiswa Universiti sendiri dalam mengemukan idea, pandangan terhadap sesebuah sistem atau dasar yang digunakan di Universiti, cadangan penambahbaikkan dan sebarang aduan daripada pelajar. MPP UTHM akan turut bersama- sama Pusat Tanggungjawab dalam membuat sesuatu keputusan. Seterusnya, MPP UTHM juga akan melihat dasar-dasar yang dikira masih relavan untuk diimplimentasikan dalam keadaan semasa. MPP UTHM juga akan melaksanakan tanggungjawab dengan mematuhi dasar dan pekeliling yang ditetapkan dengan penuh integriti dan amanah. Satu janji yang akan dibawa adalah menjadikan MPP UTHM sesi ini mempunyai identiti tersendiri dalam menjadi wadah penghubung antara mahasiswa dengan kepimpinan Universiti 

Activities & Gallery

Pautan MPP

Search

Warning: Undefined array key "icon" in /home/ftk/public_html/wp-content/plugins/elementor/includes/widgets/icon-box.php on line 695

Warning: Undefined array key "icon" in /home/ftk/public_html/wp-content/plugins/elementor/includes/widgets/icon-box.php on line 708

Warning: Undefined array key "icon" in /home/ftk/public_html/wp-content/plugins/elementor/includes/widgets/icon-box.php on line 695

Warning: Undefined array key "icon" in /home/ftk/public_html/wp-content/plugins/elementor/includes/widgets/icon-box.php on line 708
Copyright © Faculty of Engineering Technology. UTHM
All rights reserved.