Delegasi UTHM yang terdiri daripada tiga pensyarah dan sepuluh pelajar telah mengadakan lawatan akademik ke MPEI, Rusia.
Lawatan dimulakan dengan sesi interaksi pelajar, diikuti kunjungan ke ruang demonstrasi angkasa MPEI-Hainan, Muzium GOERLO, pusat tenaga boleh diperbaharui dan sistem tenaga elektrik, serta Pusat Latihan Ketenteraan bersama Kolonel Alexander Koberman.
Sesi diakhiri dengan perbincangan kerjasama pertukaran pelajar bersama Dr. Elena Gulicheva, penandatanganan minit mesyuarat dan pertukaran cenderamata.
Satu lagi langkah strategik ke arah memperkukuh jaringan antarabangsa UTHM.
