UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, PAGOH HIGHER EDUCATION HUB, 84600 PAGOH, MUAR, JOHOR.
Search

UTHM Hooding Ceremony, bersempena Istiadat Konvokesyen UTHM Ke-25

🎓 Tahniah Graduan Pascasiswazah FTK UTHM! 🎓

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada seluruh Graduan Pascasiswazah Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), UTHM atas kejayaan menamatkan pengajian dengan cemerlang sempena UTHM Hooding Ceremony, bersempena Istiadat Konvokesyen UTHM Ke-25.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada dedikasi, ketekunan dan komitmen berterusan para graduan sepanjang perjalanan akademik yang penuh cabaran dan bermakna.

Ucapan penghargaan dan tahniah juga ditujukan kepada staf akademik selaku penyelia serta seluruh warga kerja FTK UTHM atas sokongan, bimbingan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan kejayaan para pelajar hingga ke tahap ini.

Semoga para graduan terus melakar kecemerlangan dan menyumbang kepakaran kepada masyarakat, industri dan negara pada masa hadapan.

FTK UTHM berbangga dengan anda! 🌟

#FTKUTHM
#HoodingCeremony2025
#KonvoUTHM25
#Pascasiswazah
#ProudToBeFTK
#UTHMProud

Search
Copyright © Faculty of Engineering Technology. UTHM
All rights reserved.