Department of Mechanical Engineering Technology

Article Index

ADJUNCT PROF ACTIVITIES

 

 

 

 

 

 

BIODATA

DATUK (Dr) AMINAR RASHID BIN SALLEH

 DATUK Dr AMINAR RASHID BIN SALLEH

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd

 

Datuk (Dr) Aminar Rashid, 58, adalah merupakan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA).  Beliau memulakan perkhidmatan di Perodua pada 16hb November 2009.

Sebelum menyertai Perodua, beliau telah bekerja selama 8 tahun dengan Techart Sdn Bhd, anak syarikat MARA dan menghabiskan masa kira-kira 1 ½ tahun dengan Utusan Melayu (M) Bhd yang memfokus terutamanya dalam bidang hartanah dan pembelian.  Selepas itu, beliau menyertai UMW Toyota Motor Sdn Bhd, anak syarikat UMW, di mana beliau telah diberikan pendedahan dan tanggungjawab di dalam pentadbiran, hartanah, sumber manusia, jualan, pemasaran dan juga perancangan korporat.  Beliau di UMW Toyota selama 18 tahun dan jawatan terakhir adalah sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pemasaran Strategik Kumpulan.

Datuk (Dr) Aminar memegang Ijazah Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi MARA dan juga mempunyai Diploma Eksekutif dalam Pentadbiran Perniagaan dari University of Central Lancashire, United Kingdom.  Beliau juga menghadiri “Management Development Program” di Universiti of Michigan, USA.

Beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (POSB), Perodua Sales Sdn Bhd (PSSB), Perodua Auto Corporation Sdn Bhd (PCSB), Perodua Manufacturing Sdn Bhd (PMSB), Perodua Engine Manufacturing Sdn Bhd (PEMSB), Perodua Stamping Sdn Bhd, Strategic Auto Sdn Bhd, Ingress Technologies Sdn Bhd (ITSB), UMW M&E Sdn Bhd, dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa “Audit Committee” bagi Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd dan Perodua Auto Corporation Sdn Bhd, Ahli Exco Perodua Sales Sdn Bhd, Ahli Lembaga Akademik, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Budiman UiTM (YBUiTM), Ahli Majlis Penasihat Universiti-Industri UiTM, Ahli Jawatankuasa Daya Usaha dan Inovasi, Jabatan Pengajian Tinggi, serta dijemput menghadiri mesyuarat bulanan Jawatankuasa Pengurusan UMW.  Beliau juga merupakan ahli panel penasihat bagi International College of Automotive (ICAM). Datuk (Dr) Aminar Rashid adalah Ahli Majlis “Asian Strategy & Leadership Institute” (ASLI).

Beliau telah menerima anugerah “Tokoh Alumni UiTM 2012” daripada Universiti Teknologi MARA serta “Automotive Man of the Year 2014” oleh NST-Maybank COTY Awards 2014.  Beliau juga telah dianugerahkan dengan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 3hb Oktober 2015. Beliau telah dianugerahkan dengan Ijazah Kehormat, Doktor Falsafah – Automotif Kejuruteraan oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 19hb November 2016.  YBhg Datuk Aminar telah ditawarkan sebagai Profesor Adjung di Fakulti Teknologi Kerjuruteraan UTHM pada bulan November 2017.

Datuk (Dr) Aminar Rashid telah berkahwin dengan Datin Junrayati Johari dan mempunyai tiga orang anak perempuan.

Pada 15 April 2018, Datuk Aminar telah mengadakan lawatan ke UTHM kapus Pagoh bagi menyampaikan perkongsian idea berkenaan Industrial Revolution 4.0 (IR4.0). Beliau telah berkongsikan pengalaman dan idea mengenai kepentingan hubungan baik diantara universiti dan industri bagi membolehkan pelaksanaan IR4.0. Berikut adalah pautan gambar dan video aktiviti disepanjang lawatan Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh ke UTHM kampus Pagoh.

15april18.adjuct jtkm ceo perodua

15april18.perodua adjunct

Seterusnya, hasil daripada dapatan kerjasama dengan Perodua, satu forum telah diadakankan ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang kepentingan ilmu pengukuran kepada pelajar dan staf Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (JTKM), FTK. Dua panel telah dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka dalam bidang pengukuran. Panel pertama adalah En. Fazrul bin Mohd Nor dari National Metrology of Institute Malaysia (NMIM). Beliau merupakan metrologist kanan di NMIM, SIRIM Berhad setelah berkhidmat selama 18 tahun. Manakala panel kedua ialah En. Hasrol bin Hashim dari Perodua Malaysia sebagai Deputy General Manager Chief Engineer dalam R&D. Kehadiran pelajar dan staf JTKM, FTK sangat memberansangkan. Forum yang dikongsikan adalah berkisar tentang pengalaman sebagai metrologist, kepentingan ilmu pengukuran dalam kehidupan seharian dan pekerjaan, bicara kerjaya yang berkaitan dan sebagainya.

Forum on metrology awareness

 

Compile with wording

2


 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, PAGOH HIGHER EDUCATION HUB, 84600 PAGOH, MUAR, JOHOR.